Sebagai sebuah syarikat penerbitan yang berpengalaman selama 43 tahun, Pelangi sentiasa yakin dalam mendidik generasi akan datang dengan pelbagai cara yang terbaik. Sehingga hari ini, kami masih melakukan yang terbaik bagi mencapai matlamat tersebut.


Seperti yang telah kami lakukan selama beberapa tahun ini, antara perkembangan yang paling mengujakan kami pada hari ini adalah dengan terus menambah baik kandungan serta kaedah penyampaian kandungan.



Pertama, kumpulan penerbitan kami berterusan melakukan penyelidikan dan bersemuka dengan pendidik terkemuka, dalam mencipta metodologi atau pedagogi pengajaran terbaik, bagi memastikan kami menyediakan bahan pendidikan terbaik kepada kanak-kanak serantau.


Seterusnya, penyampaian kandungan yang berkesan juga memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang terbaik. Walaupun format buku dan kualiti cetakan buku ialah faktor utama dalam penyampaian kandungan yang berkesan, penerbitan digital juga menjadi fokus kami yang seterusnya dalam menambah baik kaedah penyampaian kandungan. Pada masa ini, kami telah pun menambah elemen digital seperti video, audio, kod QR dan realiti tambahan dalam produk kami. Kami percaya, produk digital baharu akan terus dapat membantu untuk menambah baik penyampaian kandungan kami.


Perkembangan lain yang mengujakan kami adalah dengan meluaskan kepakaran kami ke bahagian lain di rantau ASEAN. Kini, Pelangi telah pun mempunyai ibu pejabat yang beroperasi di Malaysia serta turut beroperasi di negara Indonesia, Thailand dan Singapura. Produk kami dihasilkan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan negara-negara tersebut dan kami berharap  dapat memberikan pendidikan yang terbaik kepada kanak-kanak di negara ini. Tatkala kami sedang memperkukuh asas kami di pasaran ini, kami meletakkan harapan agar kami turut dapat mencapai matlamat yang sama terhadap pendidikan negara-negara serantau.