“Akhirnya, aku sudah bergelar sarjan. Mulai hari ini, aku akan bekerja dengan lebih keras. Mudah-mudahan aku akan dinaikkan pangkat lagi dalam masa yang terdekat,” bisik Kian Leong dalam hatinya. Prestasi kerja Kian Leong memang tidak pernah menghampakan. Berpuluh-puluh kes jenayah dapat diselesaikannya dalam tempoh sebulan. Namun, dia masih tidak berpuas hati.

 

Oleh itu, dia mula meronda sendirian di bandar Cheras dengan motosikal berkuasa tinggi. Gegantung pada tiang lampu yang tertera “Penjual Gadis Diperlukan” benar-benar menarik perhatiannya. “Cis, berani sungguh penjenayah sekarang!” ujarnya. Tanpa berfikir panjang, Kian Leong yang bodoh sombong menghantar mesej WhatsApp kepada penyiar iklan itu, Meng bagi mendapatkan alamat premis perniagaannya.

 

“Polis, jangan bergerak! Kalian ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemerdagangan orang!” teriak Kian Leong seperti kiamat bunyinya. Terperanjat sungguh Meng apabila mengetahui syarikatnya diserbu oleh seorang sarjan. “Gua mau cari salesgirl saja ma,” jelas Meng sambil menepuk dahinya.