“Mirul tak balik juga tahun ni?” tanya Yusuf, rakan sekerjaku. “Tak pasti lagi,” balasku selamba. Keretaku berhenti di pekarangan rumah. Itulah tempat abah menggendongku, berkejar kejaran denganku serta mendidikku mengenal erti kehidupan. Aku tersenyum terkenangkan kenakalanku pada waktu itu, tapi abah tetap sabar melayan segala kerenahku. Aku melangkah masuk ke rumah dan duduk bersila di ruang tamu. Di sinilah umi membelaiku, membuaikanku sehingga aku terlena di pangkuannya. Lampu di dapur dihidupkan. Aroma air tangan umi seakan akan menusuk ke rongga hidungku. Betapa bahagianya aku selaku satu satunya bintang hati orang tuaku.

 

Abah, umi, Mirul dah balik,” bisikku. Air mata yang bergenang akhirnya gugur di pusara orang tuaku. Maaf i Mirul kerana tidak dapat menerima kenyataan. Mirul benar benar keseorangan,” ujarku sambil menahan sebak di dada. 1 Syawal ini, titik permulaan baharu hidupku. Segala kenangan indah yang ditinggalkan akan menjadi teman setiaku sehingga penghujung hayatku nanti. Abah, umi, sehingga kita berjumpa lagi,” aku menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.