JJJP Box Sale
Terma dan Syarat Box Sale Preorder
Jualan Jalan Jalan Pelangi 2026, Wisma Pelangi, Bangi
Dengan membuat pembelian, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat berikut.
1. Tempoh Preorder
- Preorder dibuka pada 10 Ogos 2026, dari jam 10.00 pagi hingga 11.59 malam.
- Preorder akan ditutup lebih awal sekiranya semua kotak telah habis ditempah.
- Kuota preorder adalah terhad kepada 50 kotak sahaja.
2. Harga dan Had Pembelian
- Harga bagi satu kotak Box Sale ialah RM150.
- Pembelian dihadkan kepada satu kotak bagi satu keluarga.
- Pelanggan yang telah berjaya membeli Box Sale melalui preorder tidak dibenarkan sama sekali membeli atau menyertai Box Sale harian sepanjang JJJP Wisma Pelangi, Bangi berlangsung.
- Larangan ini terpakai walaupun pembelian dibuat menggunakan akaun, nombor telefon, alamat e-mel atau kaedah pembayaran yang berbeza.
- Pelangi berhak membatalkan pembelian atau menolak penebusan sekiranya pelanggan didapati telah memperoleh lebih daripada satu kotak melalui preorder dan Box Sale harian.
- Pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan asal semasa penebusan bagi tujuan pengesahan.
- Sebarang bayaran bagi pesanan berganda yang dibatalkan akan diproses mengikut kaedah pembayaran dan prosedur semasa Pelangi.
3. Pembelian dan Pembayaran
- Pembelian hanya disahkan selepas pembayaran berjaya diterima.
- E-mel pengesahan pesanan akan dihantar ke alamat e-mel yang digunakan semasa pembelian.
- Pelanggan bertanggungjawab memastikan nama, nombor telefon, alamat e-mel dan maklumat lain yang diberikan adalah tepat.
- Semua pembelian yang telah disahkan adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar kepada wang tunai.
- Bayaran balik hanya akan dipertimbangkan sekiranya pesanan dibatalkan oleh pihak Pelangi, berlaku pembayaran berganda akibat masalah teknikal, atau dalam keadaan lain yang ditentukan oleh Pelangi mengikut hak pengguna yang berkenaan.
4. Tempoh dan Cara Penebusan
- Kotak boleh ditebus sepanjang JJJP Wisma Pelangi, Bangi berlangsung, iaitu dari 21 hingga 31 Ogos 2026, antara jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
- Penebusan hendaklah dibuat di Kaunter Bayaran JJJP Wisma Pelangi, Bangi.
- Pelanggan perlu menunjukkan E-mel pengesahan atau tangkap layar pesanan.
- Setiap pesanan hanya boleh ditebus sekali sahaja.
- Kotak yang telah ditebus mesti digunakan pada hari penebusan yang sama.
- Kotak yang tidak ditebus sebelum tamat JJJP pada 31 Ogos 2026 akan dianggap luput dan tidak boleh ditebus selepas acara berakhir.
- Tiada bayaran balik akan diberikan bagi kotak yang tidak ditebus dalam tempoh yang ditetapkan, kecuali acara dibatalkan oleh pihak Pelangi.
5. Syarat Pengisian Kotak
- Kotak Box Sale hanya boleh diisi dengan buku yang diletakkan di kawasan Box Sale atau buku yang ditandakan sebagai layak untuk promosi tersebut.
- Buku daripada kawasan jualan biasa, penerbit jemputan, BundleMania atau promosi lain tidak boleh dimasukkan ke dalam kotak, kecuali dinyatakan sebaliknya.
- Semua buku mestilah dimasukkan sepenuhnya ke dalam kotak.
- Penutup kotak mestilah boleh ditutup dengan sempurna tanpa menggunakan pita pelekat tambahan, tali atau sebarang alat lain.
- Buku tidak dibenarkan terkeluar, terlipat atau disusun sehingga boleh merosakkan kotak.
- Kandungan kotak perlu diperiksa dan diluluskan oleh petugas Pelangi sebelum pelanggan membuat bayaran atau meninggalkan kawasan Box Sale.
- Pelangi berhak meminta pelanggan mengeluarkan mana-mana buku yang tidak memenuhi syarat promosi.
6. Pemilikan dan Pemindahan
- Pesanan Box Sale tidak boleh dipindah milik kepada individu lain.
- Nama pada kad pengenalan mestilah sepadan dengan nama pembeli dalam pesanan.
- Kotak Box Sale tidak dibenarkan untuk dijual semula.
- Hak penebusan hanya sah di JJJP Wisma Pelangi, Bandar Baru Bangi.
7. Ketetapan Penganjur
- Pelangi berhak menolak penebusan sekiranya maklumat pembeli tidak sepadan, bukti pembelian tidak sah atau terdapat pelanggaran terhadap terma dan syarat ini.
- Pelangi berhak membuat perubahan yang munasabah terhadap kaedah penebusan bagi tujuan keselamatan, kawalan pengunjung dan kelancaran acara.
- Sebarang keputusan Pelangi berkaitan kelayakan pesanan dan penebusan adalah tertakluk kepada semakan dalaman berdasarkan rekod transaksi yang sah.