The Manga Guide
Buku manga Jepun yang berunsur pendidikan. Setiap jilid menerangkan subjek tertentu dalam sains atau matematik. Siri ini diterbitkan di Jepun oleh Ohmsha dan di Amerika oleh No Starch Press. Setiap jilid ditulis oleh pengarang yang berbeza.
Fizik -Komik bimbingan Fizik yang menarik! Dalam THE MANGA GUIDE FIZIK anda akan belajar bersama Megumi tentang Fizik bagi objek harian seperti kasut roda, lastik, kereta sedang berhenti, dan servis dalam permainan tenis. Dalam masa yang singkat, anda akan menguasai konsep yang sukar seperti momentum dan impuls, gerakan parabola, dan hubungan antara daya, jisim, dan pecutan.
Statistik -Ikutlah jejak Encik Yamamoto yang sabar semasa beliau mengajar Rui cara untuk:
- Menghitung min, median, dan sisihan piawai bagi skor boling
- Menggrafkan harga mi ramen pada histogram
- Menentukan kebarangkalian memperoleh 'A' dalam ujian Matematik
- Menghitung pekali Cramer untuk menentukan cara lelaki dan perempuan suka diajak keluar
Elektrik -Contoh-contoh dalam kehidupan seharian yang dapat anda pelajari dalam THE MANGA GUIDE ELEKTRIK adalah seperti:
- Apakah elektrik, bagaimanakah elektrik berfungsi, bagaimanakah elektrik dicipta dan bagaimanakah elektrik boleh digunakan?
- Hubungan antara voltan, arus, dan rintangan (Hukum Ohm)
- Konsep-konsep elektrik seperti induktans dan kapasitans
Kalkulus -Anda akan belajar kalkulus bersama-sama dengan Noriko. Kalkulus bukanlah suatu subjek khas untuk pelajar yang ingin mengambil mahor dalam bidang Sains sahaja. Anda akan dapat melihat bahawa kalkulus merupakan suatu alat yang berguna untuk kita memahami corak dalam bidang fizik, ekonomi, dan dunia di sekeliling kita melalui contoh dunia sebenar.
Biologi Molekul -Dapat mempelajari semua perkara tentang DNA, RNA, protein, asid amino, dan banyak lagi. Di samping itu, anda akan melihat tindak balas kimia dan menemui watak-watak yang menghiburkan seperti orang enzim dan drinkzilla yang menunjukkan cara hati menghasilkan alkohol melalui proses metabolisme.
Pangkalan Data -Bersama-sama dengan Ruruna dan Cain, anda akan belajar cara:
- Mengeluarkan data daripada pangkalan data hubungan dengan menggunakan operasi set dan hubungan
- Menggunakan model E-R (entity-relationship) untuk mewakili data dengan tepat
- Mengawal keizinan pengguna dan menggunakan kunci untuk mengelak data terduplikasi
Biokimia -Dengan mendalami pemahaman mengenai sel-sel tumbuhan dan haiwan, anda akan mempelajari perkara berikut:
- Metabolism bahan seperti karbohidrat, lipid, protein, dan alkohol
- Cara penjana tenaga yang dikenali sebagai mitokondria menghasilkan ATP
- Transkripsi DNA dan jenis-jenis RNA yang berbeza yang bekerjasama menterjemah kod genetik di dalam protein
Alam Semesta -Anda akan mempelajari:
- Teori tentang asal alam semesta, evolusi, dan geometri
- Penemuan-penemuan oleh Copernicus, Galileo, kepler, Hubble, dan ahli astronomi yang lain
- Cara suhu bintang, saiz, dan magnitud adalah berkaitan
- Misteri radiasi latar belakang kosmik dan ramalan yang menarik oleh saintis untuk masa depan alam semesta
Relativiti -Bersama-sama Minagi untuk mempelajari tentang hukum-hukum bukan intuitif yang membentuk alam semesta kita. Tanpa anda sedar, anda akan menguasai konsep-konsep yang sukar seperti rujukan rangka-rangka inersia atau, kesatuan ruang-masa, dan prinsip keseteraan. Anda juga akan melihat cara-cara relativiti mempengaruhi astronomi moden dan mengetahui sebab-sebab sistem-sistem GPS dan teknologi harian bergantung pada penemuan Einstein.
Algebra Liner -Sambil mengikuti Misa dalam pembelajarannya tentang algrebra linear, kamu akan mempelajari:
- Operasi vektor dan matriks yang asas seperti penambahan, penolakan, dan pendaraban
- Kebersandaran linear, ketakbersandaran linear dan asas-asa
- Menggunakan Penghapusan Gauss untuk mengira matriks songsang
- Subruang, dimensi, dan rentangan linear
Specifications
- ISBN:
- Bookcode:
- Publication Year:
- Genre:
- Page:
- Weight:
- Dimensions: