Kamus Ria Suku Kata (Smartpen)
- Sesuai untuk 4 tahun ke atas
- Pelbagai gabungan suku kata
- Lebih 450 Perkataan Lazim
- Ilustrasi Jelas & Menarik
- Memenuhi kehendak kurikulum yang terkini
Kamus Ria Suku Kata diolah dengan teliti sebagai bahan rujukan yang bermanfaat untuk kanak-kanak. Kamus ini menghimpunkan lebih daripada 450 perkataan lazim yang dipilih berdasarkan kurikulum terkini dan disusun mengikut pelbagai gabungan suku kata secara berperingkat. Setiap perkataan dipenggal mengikut suku kata bagi memudahkan kanak-kanak membaca dan menyebutnya dengan betul.
Kamus ini dilengkapi ilustrasi yang jelas dan menarik untuk membantu kanak-kanak memahami maksud perkataan yang diperkenalkan dengan lebih mudah. Kepelbagaian perkataan dalam kamus ini dapat memperluaskan kosa kata serta meningkatkan kemahiran membaca dan penguasaan bahasa kanak-kanak.