Join us today for free!
Join us today!
1. Siapa yang layak untuk menyertai Kempen Pelangi Stars (Edisi Pelajar)?
J: Kempen ini terbuka kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga 17 tahun yang masih belum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.
2. Bila tarikh akhir penyertaan?
J: Tarikh penyertaan adalah dari 16 Mei 2026 hingga 31 Julai 2026. Penyertaan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
3. Dalam bahasa apa penyertaan boleh dihantar?
J: Penyertaan diterima dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Mandarin.
4. Bagaimana cara menghantar penyertaan?
J: Penyertaan perlu dihantar melalui borang rasmi Pelangi Stars yang disediakan oleh pihak Pelangi. Peserta perlu melengkapkan maklumat diri, cerita inspirasi, gambar bersama buku Pelangi dan gambar keputusan peperiksaan sebagai bukti penyertaan.
5. Boleh ke saya hantar lebih daripada satu penyertaan?
J: Tidak boleh. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
6. Bolehkah penyertaan saya ditolak?
J: Ya. Penyertaan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak lengkap, gambar tidak jelas, cerita tidak berkaitan, menggunakan bahan palsu, melanggar syarat kempen atau tidak mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga.
7. Adakah saya perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga untuk menyertai kempen ini?
J: Ya. Peserta harus memaklumkan pihak ibu bapa atau penjaga untuk menyertai kempen ini.
8. Apa jenis bahan yang perlu dihantar bersama penyertaan?
J: Peserta hendaklah menghantar cerita dalam bentuk teks beserta gambar anda bersama buku Pelangi dan keputusan peperiksaan pelajar (dengan kebenaran ibu bapa) sebagai bukti impak penggunaan buku Pelangi.
9. Adakah keputusan peperiksaan perlu dipaparkan sepenuhnya?
J: Peserta perlu menghantar gambar keputusan peperiksaan sebagai bukti peningkatan atau pencapaian. Walau bagaimanapun, maklumat sensitif seperti nombor kad pengenalan, nombor pelajar atau maklumat peribadi lain boleh dikaburkan sebelum dihantar.
10. Apakah jenis gambar bersama buku Pelangi yang diterima?
J: Gambar mestilah jelas dan menunjukkan peserta bersama buku Pelangi yang digunakan. Gambar boleh diambil secara santai di rumah, sekolah atau tempat belajar. Pastikan wajah peserta dan buku Pelangi kelihatan jelas.
11. Bagaimana pemenang akan dinilai?
J: Pemenang akan dinilai berdasarkan keaslian cerita, impak penggunaan buku Pelangi, bukti peningkatan atau pencapaian, kejelasan penyampaian dan kesesuaian bahan yang dihantar.
12. Adakah cerita atau gambar saya akan digunakan oleh Pelangi?
J: Ya, semua pemenang perlu menandatangani ‘Marketing Release Consent Form’ dan pihak Pelangi berhak menggunakan cerita, gambar atau video untuk tujuan promosi di media sosial dan acara rasmi.
13. Adakah pihak Pelangi akan menggunakan maklumat peribadi saya untuk tujuan lain?
J: Tidak. Semua maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon akan digunakan hanya untuk kempen ini dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran.
14. Apa yang perlu saya lakukan selepas diumumkan sebagai pemenang?
J: Pemenang akan dihubungi untuk:
• Mengisi dan menandatangani ‘Marketing Release Consent Form’
• Menghadiri sesi temu bual atau rakaman untuk tujuan promosi kempen dan
•Menyediakan butiran untuk urusan pindahan hadiah wang tunai, buku akademik Pelangi dan sijil penghargaan.