Menu
Your Cart

Free Shipping for orders over RM70 (WM) & RM250 (EM)

Nobela

Nobela
Nobela
Nobela
Nobela
Nobela
  • Stock: In Stock
  • Model: SSFM7301
  • Weight: 0.16kg
  • Dimensions: 0.00mm x 110.00mm x 185.00mm
  • SKU: SSFM7301
  • UPC: 978983006735
  • ISBN: 9789830067353
RM8.90

[NOVEL SAINS FIKSYEN REMAJA]

Untuk menilai kemampuan mereka, lima orang murid genius, Nabil, Chong Bee Heng, Balachandran, Lailawani, dan Amrita, telah diberi suatu tugasan sukar oleh guru mereka merungkai misteri nobela, dan menyelamatkan sebuah perkampungan orang asli. Apakah sebenarnya misteri Nobela? Mampukah kelima - lima sahabat ini membuktikan kemampuan mereka? Semua terjawab dalam Nobela.

Lima orang murid tingkatan 1 yang genius telah terpilih untuk menyertai suatu perkhemahan sebagai aktiviti kokurikulum mereka. Perkhemahan ini dirancang oleh guru mereka untuk menguji kekuatan minda, emosi dan fizikal murid-murid, bertujuan memilih calon bagi Angerah Tokoh Murid peringkat negeri. 
Dalam perkhemahan ini, kumpulan murid genius ini ditugaskan untuk menyelesaikan suatu misteri dipanggil Misteri Nobela. Menamakan kumpulan mereka sebagai Luna Plus, Nabil, tokoh murid peringkat daerah semasa di Tahun 6, telah dipilih sebagai ketua kumpulan. Ahli kumpulan lain terdiri daripada Chong Bee Heng, seorang yang arif dalam pengkomputeran, Balachandran, seorang  murid yang suka filem animasi dan bercita-cita menjadi animator yang terkenal, Lailawati, murid yang mahir dalam penulisan dan bercita-cita menjadi penulis terkemuka, dan Amrita, jurugambar ekspedisi ini, yang bercita-cita menjadi wartawan.
Banyak cabaran yang ditempuhi oleh Luna Plus dalam misi mereka. Selain terpaksa meredah hutan tebal dan mencari tapak pendaratan makhluk Marikh di Trek Bingotree untuk mendapatkan klu, mereka juga terserempak dengan Elmira, makhluk Marikh di Trek Cyber, Balachandran hilang ketika mereka menuruni cerun, dan penemuan kotak hitam. 
Di Trek Amethyst, Balachandran sekali lagi melakukan kecuaian, menyebabkan kumpulan Luna Plus sesat. Kumpulan ini kemudian ditemui oleh Tok Batin Pilus dan orang-orangnya yang ditugaskan mencari mereka.
Kumpulan Luna Plus sampai di perkampungan orang asli Tok Batin Pilus, tempat mereka membongkar Misteri Nobela. Nobela sebenarnya batu amesthyst dari planet Marikh yang dibawa oleh makhluk Marikh bernama Hydrilla, bertujuan untuk menakluk bumi. Kapal angkasa Hydrilla bagaimanapun terhempas ke bumi sebelum misi bermula. Walaupun Hydrilla mati, Nobela atau batu pemusnah yang dibawa Hydrilla, telah tercampak di kaki Bukit Senyum, seterusnya menyebabkan kemusnahan kepada sebuah perkampungan orang asli di kaki bukit itu. 
Kumpulan Luna Plus akhirnya berjaya mematikan Nobela, seterusnya kampung orang asli daripada musnah.
Di akhir cerita, Nabil telah dipilih sebagai calon Tokoh Murid peringkat negeri oleh ahli kumpulan Luna Plus dan guru-guru mereka atas kewibawaannya selaku pemimpin.

Spesifikasi:

Halaman: 128 halaman

Warna : Hitam putih

Kulit: Kulit lembut

Umur: 10-15 tahun

Write a review

Please login or register to review
Click to Install Pelangi to home screen