Menu
Your Cart

Free Shipping for orders over RM70 (WM) & RM250 (EM)

Percutian ke Veertutasia

Percutian ke Veertutasia
Percutian ke Veertutasia
Percutian ke Veertutasia
Percutian ke Veertutasia
Percutian ke Veertutasia
  • Stock: In Stock
  • Model: SSFM7306
  • Weight: 0.16kg
  • Dimensions: 0.00mm x 110.00mm x 185.00mm
  • SKU: SSFM7306
  • UPC: 978983006740
  • ISBN: 9789830067407
RM8.90

[NOVEL SAINS FIKSYEN REMAJA]

Rayyan hilang semasa suatu ekspedisi pendakian bersama-sama kawan-kawannya.Usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan, gagal menemuinya. Tetapi benarkah Rayyan hilang? Atau dia sebenarnya Nakhael, pewaris kerajaan veetutasia, yang mesti kembali ke tempat asalnya untuk menuntut haknya?

Rayyan Alwiz, 16 tahun, hilang semasa suatu ekspedisi perkhemahan di Gunung Ledang dengan kawan-kawannya, Liu Fang, Ethen Ramesh, Zaidan, Haziqah, dan adiknya, Farisya. Usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan, gagal mengesannya. Kehilangan Rayyan dalam suatu kejadian ribut itu merupakan suatu misteri. 
Tanpa diketahui oleh yang lain, Rayyan sebenarnya dilarikan ke Veertutasia, sebuah alam fantasi oleh Emythyst, puteri Putera Ferald Villaneuzell, melalui ‘ruang dimensi’. Rayyan sebenarnya Putera Nakhael Villaneuzell, pewaris kerajaan Veertutasia. Veertutasia ketika itu dikuasa oleh Ferald Villaneuzell, bapa saudara Rayyan. Ferald telah membunuh bapa Rayyan, Zeenth, dan merampas kuasa, dan Rayyan dibawa pulang ke Veertutasia supaya dia dapat menuntut haknya.
Di Veetutasia, Rayyan bertemu dengan ibu kandungnya, Medina Villanuezell, yang menceritakan kepadanya bahawa dia dibawa ke dunia semasa bayi untuk menyelamatkannya daripada dibunuh oleh Ferald, lalu dijadikan anak angkat oleh Encik Alwiz. 
Rayyan juga bertemu dengan kawan-kawan baru, Audra Audra de Zuela, ketua jeneral Veèrtutasia, Joshua, ketua semua Aurora Veèrtutasia, Dawn, Aeryth, dan Eum Jae. Dengan bantuan kawan-kawannya dan Emythyst, Rayyan berjaya menewaskan Ferald Villaneuzell. Dia kemudian kembali ke dunia melalui ‘ruang dimensi’ untuk menemui keluarga angkatnya, sebelum kembali ke Veertutasia. 

Spesifikasi:

Halaman: 136 halaman

Warna : Hitam putih

Kulit: Kulit lembut

Umur: 10-15 tahun

Write a review

Please login or register to review
Click to Install Pelangi to home screen