Menu
Your Cart

Free Shipping for orders over RM70 (WM) & RM250 (EM)

Pluto yang Hilang

Pluto yang Hilang
Pluto yang Hilang
Pluto yang Hilang
Pluto yang Hilang
Pluto yang Hilang
  • Stock: In Stock
  • Model: SSFM7305
  • Weight: 0.16kg
  • Dimensions: 0.00mm x 110.00mm x 185.00mm
  • SKU: SSFM7305
  • UPC: 978983006739
  • ISBN: 9789830067391
RM7.90

[NOVEL SAINS FIKSYEN REMAJA]

Penghuni pluto, juploto, bangga akan planet mereka. Bagi juploto, Pluto paling hebat. Tiada planet sehebat pluto. Kenyataannya, tarikan graviti pluto semakin lemah. Pluto semakin mengecil, semakin menghilang. Pluto bukan planet lagi! Juploto mesti berpindah.

Juploto, makhluk seperti robot yang mendapat tenaga daripada ketulan ais, tinggal di Pluto. Makhluk juploto bangga akan planet mereka. Bagi juploto, Pluto paling hebat dan tiada planet sehebat Pluto. Joper, satu juploto muda, berazam untuk keluar dari Pluto, sesuatu yang dianggap mustahil oleh para juploto. Semua juploto mentertawakannya, terutamanya Joreka. Joper dan Joreka kemudian bertanding dalam suatu pertandingan. Dalam pertandingan itu, juploto yang berjaya keluar dari Pluto dikira pemenang dan akan dipilih menjadi ketua juploto. 
Dalam misi itu, Joreka secara tidak sengaja telah mendarat di Charon. Joper, dengan bantuan piring angkasa yang dicipta oleh Jophea, berjaya tiba di Eris. Joper kemudian kembali ke Pluto untuk membuktikan teorinya bahawa juploto mampu keluar dari Pluto. Pada masa yang sama, berita yang diterima dari planet Neptune mengatakan bahawa Pluto akan lenyap. Oleh itu, juploto mesti keluar dari Pluto. Dengan kapal angkasa yang dibina Jophea, semua juploto akhirnya meninggalkan Pluto selepas dipujuk oleh Joper.
Joreka sebaliknya, kembali ke Pluto. Joreka hendak membawa juploto ke Charon supaya dia dapat memerintah di planet baru itu. Bagaimanapun, piring angkasa Joreka terhempas di Pluto, menyebabkan Joreka mati. Joper dan semua juploto pula meneruskan perjalanan mereka ke planet Neptune untuk tinggal di sana. 

Spesifikasi:

Halaman: 96 halaman

Warna : Hitam putih

Kulit: Kulit lembut

Umur: 10-15 tahun




Write a review

Please login or register to review
Click to Install Pelangi to home screen