Siri Anak Rimba
- Transform Storytime into Emotional Learning
- Relatable Animal Characters
- The Perfect Tool for Parent-Child Bonding
- Builds Resilience and a Positive Self-Image
- Simple & Memorable Stories
Melalui cerita yang ringkas dan mendalam, ia membantu anak-anak membina kecerdasan emosi serta nilai murni dengan cara yang mudah difahami dan menyeronokkan.
- Hari Tanpa Ngauman
Teega harimau kecil yang suka MENGAUMMM! Suatu hari, abangnya Teebo, memberitahu ngaumannya terlampau kuat. Dengan rasa sedih, Teega mengisytiharkan HARI TANPA NGAUMAN! Bagaimana jika harimau tidak mengaum? Melalui kicak-kicau kawannya, Teega belajar menggunakan suaranya dan menjalin persahabatan yang tidak disangka-sangka sepanjang perjalanannya itu.
- Kenapa Saya Berbeza?
Si Timo, anak tapir kecil keluar berjalan-jalan bersama ibunya untuk mencari haiwan yang nampak berbeza daripada ibu mereka; sama sepertinya. Sepanjang perjalanan mereka, Si Timo belajar tentang banyak perkara serta berkenalan dengan ramai kawan baharu.
- Flora dan Si Bunga Malam
Flora merupakan seekor anak keluang yang tidak sabar untuk terbang seperti sepupunya. Sayangnya, pada percubaan pertama, dia terjatuh ke tanah. Flora berasa sedih. Mama memujuknya dengan menceritakan sebuah kisah si bunga malam yang sedang menunggu masa untuk kembang. Melalui cerita si bunga malam, Flora belajar tentang kesabaran dan kecekalan. Flora tidak mengalah dan akhirnya memahami bahawa semua perkara mempunyai waktunya tersendiri.
- Sungai untuk Keluargaku
Popi seekor pepatung kecil yang tinggal di sebatang sungai. Suatu hari, Popi sekeluarga perlu berpindah untuk mencari sungai yang lebih bersih dan jernih. Popi sedih. Opah memujuk Popi dengan menceritakan kisah asal-usul mereka dari Ibu Sungai. Popi akhirnya sedar bahawa sebuah tempat tinggal tidak bermakna jika tidak bersama keluarga.
Anyflip -Siri Anak Rimba
Specifications
- ISBN:
- Bookcode:
- Publication Year:
- Genre:
- Page:
- Weight:
- Dimensions: