Skip to content
Sign up as a PBG Member+ and enjoy 10% off on your first purchase!
Sign up and get 10% off!

(eBook) Saya Sudah Pandai Baca

Original price RM3.90 - Original price RM3.90
Original price RM3.90
RM3.90
RM3.90 - RM3.90
Current price RM3.90

Hari Jadi Pitti

Hari lahir Pitti akan tiba. Dia mahu mengadakan parti hari jadi. Dia mengajak rakan-rakannya, Pink, Chomp dan Sheldon. Apakah yang dihadiahkan oleh rakan-rakan Pitti kepadanya? Adakah Pitti berasa gembira dengan parti hari jadinya?

Mencari Jalan Pulang

Alamak, Pip dan Jip tersesat di hutan! Dapatkah mereka mencari jalan pulang ke rumah?

Parti yang Hampir Dibatalkan

Pink mahu mengadakan sebuah parti. Dia menulis kad jemputan untuk rakan-rakannya - Pitti, Sheldon dan Chomp. Dia mengemaskan rumahnya dan menyediakan banyak makanan yang lazat. Dia menunggu kawan-kawannya. Tetapi tidak ada seorang pun yang datang? Apakah yang telah berlaku?

Permainan Klu Bib

Pip dan Jip berasa bosan! Apakah yang boleh dilakukan untuk meringankan kebosanan? Kakak mereka, Bib, mencadangkan supaya mereka bermain suatu permainan. Dapatkah permainan itu menghilangkan rasa bosan Pip dan Jip?

Pink Iri Hati

Chomp berasa sangat gembira mendapat radio mainan baru. Dia menunjukkan alat mainannya kepada semua kawannya. Pink yang berasa cemburu memarahi Chomp. Apakah yang akan Chomp lakukan?

Hadiah Untuk Bib

Pip dan Jip ternampak seorang pencuri. Apakah yang akan mereka lakukan?

Sheldon Pun Ada Kelebihan

Sheldon berasa sedih. Pink pandai menyanyi. Chomp pandai melukis. Pitti pandai memasak. Sheldon tidak tahu apa kelebihannya. Apakah yang harus Sheldon lakukan?

Sup Hari Hujan

Hari ini hujan! Hujan turun sepanjang pagi dan Pip dan Jip berasa bosan di rumah. Mereka membuat keputusan untuk membuat Sup Hari Hujan dengan bantuan Bib. Apakah itu Sup Hari Hujan?

Chomp Tidak Perlukan Sahabat

Pitti, Sheldon dan Pink seronok bermain di padang rumput. Mereka ingin Chomp datang bermain dengan mereka. Tetapi Chomp tidak mahu bermain. Chomp berasa marah. Mengapakah Chomp marah? Bolehkah kawan-kawan Chomp memujuknya?

Hilang Ingatan

Saya Teegan. Saya kini mengembara di Madagascar bersama-sama ibu saya. Saya amat teruja kerana Madagascar sebuah negara yang sangat menarik. Saya membawa semua bekalan saya termasuk batu azimat saya dalam beg sandang saya. Walaupun saya membawa batu azimat saya, saya tercedera. Saya kehilangan ingatan saya...

Kucing Hilang

Pip dan Jip sedang mencari Bib, kakak mereka. Mereka menjumpai sesuatu dan ingin menunjukkannya kepada Bib. Bib juga telah menjumpai sesuatu dan ingin menunjukannya kepada Pip dan Jip. Apa yang telah mereka jumpai?

Kota Larangan

Nama saya Teegan. Pengembaraan saya yang seterusnya membawa saya ke negara China. Saya berkenalan dengan seorang lagi rakan baru, Ling. Dia merupakan anak perempuan kawan ibu saya, Puan Chen. Kami pergi ke Kota Larangan bersama-sama. Tetapi Ling hilang! Saya tidak dapat mencari Ling. Saya perlu mencari Ling sebelum sesuatu berlaku kepadanya.

Patung Burung Auk

Nama saya Teegan. Ibu saya memiliki sebuah kedai antik. Saya selalu mengikuti ibu saya ke serata dunia untuk mendapatkan barangan antik. Saya kini di Iceland bersama ibu. Di sini, saya berkenalan dengan Bo, yang sebaya dengan saya. Bo, rakan baru saya, ingin mencari 'orang halus' di Iceland. Saya ingin melihat orang halus juga. Bacalah diari saya untuk mengetahui pengembaraan menarik saya di Iceland.

Pertunjukan Amal

Kasihan. Rumah Belle si burung musnah dilanda ribut. Pitti, Pink, Sheldon dan Chomp merancang untuk membantu Belle

Pengalaman di Grand Canyon

Nama saya Teegan. Saya kini di Amerika Syarikat dengan ibu saya. Kami berada di Grand Canyon. Di sini, saya berkenalan dengan Jax, seorang pelakon tambahan. Saya juga terlibat dalam suatu penggambaran filem. Ikutilah peristiwa menarik yang saya alami ketika penggambaran.

Zoo Kertas

Jip akan pergi ke zoo hari ini. Pip tidak boleh pergi ke zoo kerana dia tidak sihat. Dia perlu berehat. Pip berasa sedih. Dia ingin pergi ke zoo dengan Jip. Apakah yang boleh Bib lakukan untuk menceriakan Jip?

Negara Bawah Angin

Saya Teegan. Saya dan ibu di Alice Springs, Australia. Kami tinggal dengan keluarga Grainger. Mereka memiliki banyak kambing biri-biri. Tetapi ada orang yang mencuri biri-biri Grainger. Nasib baik, saya tertangkap gambar pencuri. Harap-harap gambar itu dapat menolong pihak polis memberkas pencuri itu.

Peristiwa di Hutan Amazon

Nama saya Teegan. Kali ini saya ke Brazil, Amerika Selatan. Saya dan ibu tinggal di sebuah kampung berhampiran hutan hujan Amazon. Kawan saya, Roko, membawa saya menjelajah ke hutan hujan Amazon. Di sini, terdapat pelbagai haiwan yang menarik dan berbahaya. Ketika menjelajah hutan tersebut, kami terjumpa seorang lelaki yang cedera parah dihempap pokok. Dapatkah kami menyelamatkannya?

Specifications
  • ISBN:
  • Bookcode:
  • Publication Year:
  • Genre:
  • Page:
  • Weight:
  • Dimensions:
About The Author
Wish to order in bulk? Get in touch!