Siri Sahabat Karib
- Cerita Bernilai Murni
- Ilustrasi Menakjubkan & Warna Menarik
- Jalan Cerita Menghiburkan & Berkesan
- Sesuai untuk Sesi Berkongsi
- Bahan Pendidikan & Hiburan
Siri Sahabat Karib yang sesuai untuk sesi membaca dan perkongsian. Ia juga menyelitkan nilai-nilai murni untuk dipelajari oleh kanak-kanak. Buku-buku ini dipenuhi ilustrasi menakjubkan dan jalan cerita menarik yang pasti mencuri perhatian anak-anak.
Landak Kecil Datang! - Landak Kecil suka bermain bersama haiwan yang lain. Akan tetapi, apabila haiwan-haiwan lain ternampak Landak Kecil, mereka melarikan diri. Landak Kecil tertanya-tanya dan berasa sedih melihat kelakuan mereka. Dia tidak faham mengapa dia tidak boleh berkawan dengan haiwan-haiwan lain. Pada pendapat kamu, adakah haiwan-haiwan itu tidak mesra?
Kawan Baharu Kami - Tiga anak beruang berasa tidak gembira dengan Si Anak Katak yang amat berbeza daripada mereka. Walau bagaimanapun, tanggapan mereka berubah apabila mereka berdepan dengan masalah. Bolehkah mereka menyelesaikan masalah apabila cara Si anak Kata tidak sama dengan cara mereka? Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang menyebabkan tiga anak beruang itu berubah menjadi sahabat kepada Si Anak Katak.
Hadiah Misteri - Pada suatu hari, seseorang menghantar hadiah ke sarkas. Kad pada kotak itu tertera, ‘Peluang Besar!’. Di dalam kotak, ada banyak belon yang pelbagai warna. Haiwan sarkas ingin mengetahui apa yang dimaksudkan dengan peluang besar tersebut. Setiap daripada mereka cuba meniup belon tetapi kesemua belon yang ditiup itu meletup. Momo si monyet mengajar haiwan-haiwan lain meniup dengan cara yang betul. Belon tersebut tidak meletup dan semua haiwan berpaut pada belon mereka. Mereka pun terbang tinggi. Ke manakah haiwan-haiwan tersebut terbang?
Tiga Sahabat dan Pokok Buah - Arnab dan Tupai bergaduh. Tikus Mondok cuba mendamaikan hubungan yang renggang itu. Dia mengingatkan mereka akan sebuah pokok buah yang ditanam oleh mereka. Adakah mereka akan melupakan masa yang indah itu disebabkan rasa marah? Atau adakah persahabatan mereka kukuh seperti pokok buah yang telah tumbuh daripada biji benih hingga menjadi pokok yang berbuah lebat?