Novel Harry Potter Jilid 1 hingga Jilid 7
- Captivating and immersive world-building
- Compelling Characters
- Epic Story Arc
Siri novel Harry Potter yang ada diantaranya telah diadaptasikan kepada filem ini bukan sahaja memberi pengalaman membaca dan pengalaman yang sama.
Batu Hikmat - Harry Potter tidak pernah mendengar nama Hogwarts ketika surat mulai berjatuhan di alas kaki depan rumah nombor empat, Privet Drive. Ditulis dalam dakwat hijau di atas kertas kulit kekuningan dan disertakan cap tera ungu, surat itu pantas dirampas oleh mak cik dan pak ciknya yang bengis. Kemudian, pada hari ulang tahun kesebelas Harry, seorang bermata kumbang dan berbadan gergasi, Rubeus Hagrid, meredah masuk dengan membawa berita yang menakjubkan: Harry Potter ahli sihir, dan dia telah mendapat tempat di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts. Pengembaraan hebat bakal bermula.
Bilik Rahsia - Musim panas Harry Potter menyaksikan hari ulang tahun terburuk Harry, amaran petaka elf rumah bernama Dobby serta usaha rakan Harry, Ron Weasley untuk menyelamatkan Harry daripada keluarga Dursley dengan menggunakan kereta terbang! Kembali ke Sekolah Sihir Hogwarts untuk tahun keduanya, Harry mendengar suara-suara bisikan bergema di koridor-koridor yang sunyi, dan kemudian, serangan bermula. Pelajar-pelajar ditemui dalam keadaan kaku seperti batu... ramalan dahsyat Dobby nampaknya benar.
Banduan Azkaban - Ketika bas knight berdegam-degam dan berdecit berhenti di hadapannya, itulah permulaan bagi setahun luar biasa lagi di Hogwarts bagi Harry Potter. Sirius Black, banduan pembunuhan beramai-ramai dan pengikut Lord Voldemort, sedang melarikan diri mereka mengatakan lelaki itu menjejaki Harry. Di kelas Peramalannya yang pertama kali, Profesor Trelawney melihar petanda kematioan di dalam cawan teh Harry. Bagaimanapun, yang menggerunkan mungkin Dementor yang meronda di kawasan sekolah dengan ciuman penyedut jiwa mereka....
Piala Api - Kejohanan Ahli Sihir Trio bakal diadakan di Hogwarts. Ahli sihir yang berusia 17 tahun ke atas sahaja yang layak menyertainya - tetapi itu tidak menghalang Harry daripada berangan-angan memenangi pertandingan tersebut. Pada hari Halloween, ketika Piala Api membuat pemilihan, Harry terkejut apabila namanya antara yang terpilih. Dia bakal menghadapi tugasan bahaya, naga serta ahli sihir jahat. Tetapi dengan bantuan rakan-rakan karibnya, Ron dan Hermione, dia mungkin berjaya melaluinya- dalam keadaan masih bernyawa!
Kumpulan Phoenix - Hogwarts dilanda zaman gelap. Selepas serangan Dementor ke atas Dudley, Harry Potter sedar bahawa Voldemort tidak akan berhenti menjejakinya malangnya ramai menafikan kenyataan bahawa Dark Lord telah kembali. Tetapi Harry tidak sendirian. Sebuah kumpulan rahsia berkumpul di Grimmauld Place untuk melawan kekuasaan Dark Lord. Harry terpaksa menerima Profesor Snape mengajarnya cara melindungi dirinya daripada serangan bahaya Voldemort ke atas fikirannya. Serangan itu semakin kuatt dari hari ke hari, dan Harry semakin kesuntukan masa...
Putera Berdarah Kacukan - Katika Dumbledore tiba di Privet Drive pada suatu malam musim panas untuk membawa Harry Potter, tangan kananya kehitaman dan kecut. Dumbledore tidak menyatakan sebabnya. Rahsia dan syak wasangka tersebar di dunia sihir, dan Hogwarts sendiri tidak selamat. Harry yakin bahawa Malfoy ada tanda kuasa jahat... ada Death Eater dalam kalangan mereka. Harry memerlukan sihir yang sangat berkuasa serta sahabat sejati ketika dia menjejaki rahsia gelap Voldemort, dan Dumbledore mempersiapkannya untuk menghadapi takdirnya.
Azimat Maut - Ketika Harry duduk di tempat duduk samping motosikal Hagrid, dibawa ke angkasa, dan meninggalkan Privet Drive buat kali terakhir, dia tahu bahawa Lord Voldemort dan Death Eaternya tidak jauh di belakang. Mantera pelindung yang melindunginya selama ini telah terlerai, dan dia tidak dapat terus bersembunyi. Dark Lord mengancam semua yang disayanginya dan untuk menghalangnya, Harry mesti mencari dan memusnahkan baki Horcrux Raja Kuasa Jahat itu. Pertempuran terakhir mesti bermula - Harry mesti berdiri gagah dan berdepan dengan musuhnya itu.
Anyflip - Novel Harry Potter
Specifications
- ISBN:
- Bookcode:
- Publication Year:
- Genre:
- Page:
- Weight:
- Dimensions: