La Flora Kafe Impian
Mengisahkan persaingan antara Kumpulan Puteri pimpinan Tiwa dengan Kumpulan Putera Berlima pimpinan Kim Giyul melalui pelbagai pertandingan kreatif - dari mengurus kafe, pertunjukan fesyen, seni gula hingga pertandingan mutiara dan minyak wangi. Di sebalik persaingan untuk menjadi juara, siri ini menyelami perkembangan peribadi setiap watak, terutamanya Leila yang melalui cabaran kesetiaan, kepercayaan, dan penebusan diri, sambil mengetengahkan nilai kerjasama dan makna persahabatan sebenar.
Jilid 1- Rakan Baharu dalam Komuniti Baharu
Kopi yang wangi telah disediakan! Kumpulan Puteri yang diketuai oleh Tiwa bertanding dengan kumpulan Putera Berlima yang diketuai oleh Kim Giyul. Kedua-dua kumpulan membuka kafe untuk menentukan pemenangnya. Adakah ahli baharu, iaitu Leila dan Jessy dapat membantu kumpulan Puteri untuk menang? Kumpulan manakah akan menjadi juara?
Jilid 2- Meneroka Dunia Sutera
Kumpulan Puteri dan Putera Berlima akan bertanding dalam "Pertunjukan Fesyen Sutera". Sebelum naik ke pentas peragaan kumpulan Puteri menyedari pakaian mereka terkena pewarna. Berjayakah mereka mengatasi masalah ini demi merebut gelaran juara?
Jilid 3- Pertandingan Seni Gula
Kumpulan Puteri dan kumpulan Putera kembali bertanding dalam "Pertandingan Seni Gula"! Leila secara tidak sengaja telah memecahkan "Gelas Manisan" kumpulannya. Bagaimanakah kumpulan Puteri akan menyelesaikan masalah tersebut?
Jilid 4- Mutiara dan Puteri Duyung
Dalam "Pertandingan Mutiara", Giyul dan Tiwa memainkan watak utama dalam persembahan drama. Ini merupakan pertama kali mereka bekerjasama. Sebelum pertandingan, Tiwa telah difitnah oleh Leila. Leola telah menggantikan Tiwa untuk memainkan watak Puteri Duyung. Bagaimanakah Tiwa menghadap semua ini?
Jilid 5- Minyak Wangi Persahabatan
Dalam "Pertandingan Minyak Wangi" ini, Tiwa dikehendaki membuat minyak wangi untul Leila. Namun begitu, pada ketika ini, Tiwa mengetahui sesuatu tentang Leila yang tidak diketahui oleh orang lan. Berjayakah Tiwa menghasilan minyak wangi untuk Leila?
Jilid 6- Pertandingan Seni Seramik
Dalam"Pertandingan Seni Seramik". Leila sekali lagi menyertai Kumpulan Puteri untuk merebut gelaran juara. Malangnya, semasa menyediakan bahan-bahan pertandingan, pertikaian telah berlaku antara Leila dan Mei Hua. Berjayakah kumpulan Puteri kembali bersatu padu dan memenangi pertandingan tersebut?
Jilid 7- Pertandingan Seni Teh
Sehari sebelum "Pertandingan Seni Teh", Leila marah akan kehadiaran ibunya bersama-sama Tiwa. Semasa pertandingan, Leila tidak dapat menumpukan perhatian dan gagal memenanginya. Apakah rahsia Leila yang tidak diketahui sesiapa? Dapatkah persahabatan Leila dan Tiwa dipulihkan?
Jilid 8- Pertandingan Gincu
Dalam "Pertandingan Gincu", Leila sekali lagi mengkhianati rakan-rakannya demi menjadi juara. Namun, kali ini perbuatannta telah diketahui oleh Nasissa, Rosary dan Giyul. Akhirny, Leila berterus terang hal yang sebenar. Selepas kejadian itu, adakah Leila akan berubah?
Jilid 9- Pertandingan Emas
Dalam "Pertandingan Emas" kali ini, semua orang telah menjauhkan diri daripada Leila. Tiada sesiapa yang ingin sekumpulan dengannya, kecuali Tiwa. Tanpa diduga, karya mereka telah terbakar secara tidak sengaja. Dapatkah Tiwa dan Leila menghasilkan karya mereka semula dalam masa yang telah ditetapkan?
Jilid 10- Pertandingan Berlian
Dalam "Pertandingan Berlian" kali ini, Leila membuat keputusan untuk memikirkan kesemua idea secara bersendirian supaya tidak mengecewakan harapan bapanya. Kelakuannya itu menyebabkan ahli kumpulannya tidak berpuas hati kerana dia membantu ahli kumpulannya melakukan kesemua kerja. Namun, pada hari pertandingan berlian telah runtuh secara tiba-tba. Dapatkah Leila menyelamatkan keadaan itu demi meraih juara?
Specifications
- ISBN:
- Bookcode:
- Publication Year:
- Genre:
- Page:
- Weight:
- Dimensions: