Skip to content
Sign up as a PBG Member+ and enjoy 10% off on your first purchase!
Sign up and get 10% off!

Komik Sains Pertama Saya

Save 35% Save 35%
Original price RM15.90
Original price RM15.90 - Original price RM19.90
Original price RM15.90
Current price RM10.34
RM10.34 - RM15.92
Current price RM10.34
  • Makes Complex Science Accessible & Fun
  • Develops Critical Thinking & Problem-Solving Skills
  • Integrates Survival Skills with Environmental Awareness
  • Relatable Characters
  • Comprehensive Educational

Pengembaraan mendebarkan sambil menyampaikan pengetahuan saintifik berharga dan kemahiran menyelesaikan masalah, menampilkan watak-watak menyeronokkan, petua survival, fakta tentang puting beliung, pengajaran penjimatan tenaga, serta kesedaran tentang kepentingan tumbuhan.

  • Bencana Alam Tornad

Pi Pi dan Ash mengembara di Great Plains, Amerika Syarikat. Tiba-tiba, langit cerah bertukar gelap lalu turunnya hujan batu. Kemudian, mereka dikejutkan pula dengan kemunculan tornado. Tornado kian menghampiri pekan berdekatan. Mampukah Pi Pi dan Ash menyelamatkan penduduk yang diancam tornado?

 

  • Menghadapi Krisis Tenaga 1

Gae Yi, Ji Woo dan rakan-rakannya bercuti di sebuah resort ski. Mereka menginap di inapan desa jimat tenaga yang dicadangkan oleh Profesor Lei. Semasa di sana, mereka telah dibawa menikmati pemandangan malam dengan menaiki pesawat ringan. Namun, tiba-tiba bekalan elektrik di bandar terputus. Maka, perjuangan untuk menghadapi krisis tenaga bermula!

  • Menghadapi Krisis Tenaga 2

Gangguan bekalan elektrik dan kekurangan petroleum telah mengakibatkan seluruh negara berada dalam kegelapan. Rakyat menjadi resah dan kekecohan juga berlaku. Atas permintaan pekerja di loji jana kuasa, Profesor Shen dan Ji Woo telah pergi membantu. Namun, bahan api tidak mencukupi dan mesin juga mengalami masalah. Adakah mereka akan berjaya menyelesaikan masalah ini?

  • Pencemaran Udara

Ji Woo dan Pi Pi menghadapi ribut pasir semasa dalam penerbangan. Kapal terbang yang dinaiki mereka terpaksa mendarat di sebuah bandar asing. Rupa rupanya ribut pasir hanya satu permulaan. Asap yang dahsyat telah meliputi bandar tersebut. Kini, ciptaan baharu Profesor Debu satu-satunya harapan mereka. Adakah Ji Woo dan kawannya dapat menyelamatkan diri daripada pencemaran udara yang berbahaya ini?

  • Pengembaraan Safari Malam 1

Julie membawa Gae Yi dan Ji Woo menyelinap masuk ke dalam safari malam milik ayahnya. Safari malam tersebut direka bertemakan alam semula jadi. Mereka berpeluang untuk melihat dunia haiwan yang menakjubkan. Malangnya, kilat telah merosakkan sistem elektrik di safari tersebut dan menyebabkan mereka terperangkap di dalam safari malam yang dihuni oleh pelbagai jenis haiwan. Adakah mereka akan berjaya mencari jalan keluar?

  • Pengembaraan Safari Malam 2

Ji woo. Gae Yi dan Julie terperangkap di dalam safari malam. Oleh sebab keadaan semakin bahaya, mereka bersembunyi di dalam kedai cenderahati. Namun. mereka mendapati terdapat kesan darah haiwan di dalamnya. Dalam usaha untuk menyelamatkan diri. mereka terserempak dengan wolverin dan harimau kumbang. Berjayakah mereka menyelamatkan diri?

  • Pengembaraan Dunia Bawah Tanah 1

Buyei. Ji Woo dan Ash memakai pakaian yang boleh mengecilkan badan untuk mengembara ke dunia bawah tanah. Malangnya, kuasa bateri pakaian mereka telah habis digunakan. Mereka terperangkap di bawah tanah yang gelap. Bagaimanakah mereka menyelesaikan masalah ini?

  • Pengembaraan Dunia Bawah Tanah 2

Ji Woo dan rakan rakannya berjaya menyelamatkan diri daripada banjir. Akan tetapi, mereka termasuk pula ke dalam sarang semut lalu diserang oleh semut pekerja dengan asid formik. Setelah selamat daripada semut, mereka bertemu pula dengan lipan. Dapatkah mereka menyelamatkan diri dan kembali ke permukaan tanah?

Anyflip -Komik Sains Pertama Saya

Specifications
  • ISBN:
  • Bookcode:
  • Publication Year:
  • Genre:
  • Page:
  • Weight:
  • Dimensions:
About The Author
Wish to order in bulk? Get in touch!