Skip to content
Sign up as a PBG Members+ and enjoy 10% off on your first purchase!
Sign up and get 10% off!

(eBook) Siri Cerita Teladan

Original price RM3.90 - Original price RM3.90
Original price RM3.90
RM3.90
RM3.90 - RM3.90
Current price RM3.90

Angsa Emas

Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Seorang petani yang miskin terjumpa seekor angsa yang boleh mengeluarkan telur emas. Petani yang tamak itu ingin mendapatkan lebih banyak telur emas. Dia menyangka bahawa perut angsa penuh dengan telur emas. Dia bercadang membelah perut angsa itu. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Cerita Aesop ini membawa pengajaran bahawa orang yang tamak selalu rugi.

Beringat Sebelum Kena

Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Grin, si belalang asyik bermain, manakala Toni, si semut, sibuk bekerja mengumpulkan makanan untuk kegunaan ketika musim hujan. Musim hujan tiba. Grin kelaparan kerana tidak dapat mencari sebarang makanan. Apakah yang akan berlaku kepada Grin? Cerita Aesop ini membawa pengajaran bahawa kita mesti beringat untuk masa depan.

Buat Baik Dibalas Baik

Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Priti, si burung menyelamatkan Bibi, si lebah yang hampir mati lemas. Apabila Priti diburu oleh seorang pemburu, Bibi datang untuk menyelamatkan Priti. Cerita Aesop ini membawa pengajaran bahawa siapa yang berbuat baik akan dibalas baik.

Cerdik Si Keldai

Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Wili, seekor musang yang lapar ternampak Dinki, seekor keldai dan ingin memakannya. Akan tetapi, Dinki sangat cerdik. Dia berpura-pura berkata bahawa kakinya cedera dan meminta pertolongan Wili. Dapatkah Dinki melarikan diri daripada dimakan oleh Wili? Cerita Aesop ini memberi pengajaran bahawa orang yang bijak boleh mengalahkan orang kuat.

Keldai yang Pemalas

Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Peter, seorang peladang membawa Dobi, keldai peliharaannya ke pasar. Peter mengikat seguni garam di belakang Dobi untuk dibawa pulang. Akan tetapi, Dobi yang pemalas itu sengaja terjatuh ke dalam sungai supaya semua garam itu larut. Peter kemudian memberi pengajaran kepada keldainya. Apakah yang akan terjadi kepada Dobi? Cerita Aesop ini memberi pengajaran bahawa kita haruslah bekerja dengan rajin dan jujur.

Kunta dengan Singa
Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Kunta, seorang hamba abdi yang diseksa oleh tuannya, melarikan diri. Kunta ternampak seekor singa yang tercedera dan menolong singa itu. Apabila Kunta ditangkap oleh tuannya, dia mengambil keputusan untuk mencampak Kunta ke dalam kandang singa. Rupa-rupanya, itu adalah singa yang pernah ditolong oleh Kunta. Adakah Kunta akan dimakan oleh singa itu? Cerita Aesop ini memberi pengajaran bahawa perbuatan baik akan dibalas baik.

Makan Malam Si Musang

Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Si Musang yang mempermainkan Si Burung Botak, akhirnya merasai dengan sendiri bagaimana perasaannya apabila dipermainkan oleh Si Burung Botak. Cerita Aesop ini membawa pengajaran bahawa kita haruslah memberi layanan yang baik kepada orang lain sebagaimana kita ingin dilayani.

Matinya Sang Singa

Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Cerita ini tentang seekor singa bongkak, Raja Rimba, yang mengancam keamanan hidup haiwan-haiwan di hutan. Mereka cuba mencari jalan untuk menghalau Raja Rimba. Perang, si musang, mendapat satu akal. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Cerita Aesop ini membawa pengajaran bahawa orang yang bongkak akan merosakkan dirinya sendiri.

Pesan Beruang
Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Dua orang pemburu, Ray dan Max, terserempak dengan seekor beruang. Ray segera memanjat pokok tanpa menghiraukan Max. Apakah yang akan berlaku kepada Max? Adakah Max dimakan oleh beruang? Cerita Aesop ini membawa pengajaran bahawa sahabat yang baik haruslah bersama-sama ketika susah atau senang.

Tamak Membawa Rugi
Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Dua burung hitam, Tim dan Tam, terjumpa sepotong kek. Mereka tidak mahu berkongsi kek tersebut dan mula bertengkar. Seekor monyet yang lalu berpura-pura hendak menolong dua burung hitam untuk membahagi kek itu. Siapakah yang akan dapat makan kek tersebut? Cerita Aesop ini membawa pengajaran bahawa adalah lebih baik untuk berkongsi daripada menghilangkan kesemuanya.

Sahabat Sejati
Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Dani, si rusa dan Charli, si gagak berkawan baik. Apabila Charli diperangkap oleh seorang pemburu, Charli berusaha untuk menyelamatkan kawannya. Adakah Charli akan berjaya? Cerita Aesop ini membawa pengajaran bahawa sahabat yang baik akan sentiasa saling tolong-menolong.

Sombong Membawa Padah
Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Dua ekor kambing, Gab and Gib, tidak mahu bertolak ansur apabila bertembung di tengah-tengah jambatan usang. Mereka mula bertengkar sehingga jambatan yang sempit itu runtuh. Apakah yang terjadi kepada dua ekor kambing yang degil itu? Cerita Aesop ini memberi pengajaran bahawa kita mesti bertolak ansur.
Specifications
  • ISBN:
  • Bookcode:
  • Publication Year:
  • Genre:
  • Page:
  • Weight:
  • Dimensions:
About The Author
Wish to order in bulk? Get in touch!