(eBooks) Siri Sahabat Karib
1) Landak Kecil Datang!
Landak Kecil suka bermain bersama haiwan yang lain. Akan tetapi, apabila haiwan-haiwan lain ternampak Landak Kecil, mereka lari. Mereka menjerit dengan kuat kepada satu sama lain, "Landak Kecil datang. Lari!". Landak Kecil berasa sedih dan tertanya-tanya, "Mengapakan haiwan-haiwan lain itu tidak suka saya mendekati mereka?" Landak Kecil suka mendampingi ibu bapanya dan memeluk mereka kerana itu membuatkannya berasa selesa. Dia tidak faham mengapa dia tidak boleh melakukan hal yang sama dengan haiwan-haiwan itu. Pada pendapat kamu, adakah haiwan-haiwan itu tidak mesra?
2) Kawan Baharu Kami
Tiga anak beruang berasa tidak gembira dengan Si anak Katak yang amat berbeza daripada mereka. Walau bagaimanapun, tanggapan mereka berubah apabila mereka berdepan dengan masalah. Bolehkah mereka menyelesaikan masalah apabila cara Si Anak Katak tidak sama dengan cara mereka? Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang menyebabkan tiga anak beruang itu berubah daripada berfikiran sempit kepada berfikiran terbuka yang juga menjadi titik permulaan persahabatan mereka dengan Si Anak Katak.
3) Hadiah Misteri
Pada suatu hari, seseorang menghantar hadiah ke sarkas. Kad pada kotak hadiah tertera, 'Peluang Besar!'. Di dalam kotak, ada banyak belon pelbagai warna. Haiwan sarkas ignin mengetahui apa yang dimaksudkan dengan peluang besar tersebut. Setiap daripada mereka mengambil dan meniup belon tetapi kesemua belon yang ditiup itu meletup. Selepas itu, Momo si monyet mengajar Anak Gajah, Heri si harimau, Lala si landak dan Nana si arnab meniup belom dengan cara yang betul. Belon tersebut tidak meletup dan semua haiwan berpaut pada belon mereka. Mereka pun terbang tinggi. Ke manakah haiwan-haiwan tersebut terbang?
4) Tiga Sahabat Dan Pokok Buah
Arnab dan Tupai bergaduh. Tikus Mondok cuba mendamaikan hubungan renggang mereka. Dia mengingatkan mereka tentang masa ketika mereka bekerjasama menanam pokok buah itu. Adakah mereka akan melupakan masa yang indah disebabkan rasa marah? Atau adakah persahabatan mereka kukuh seperti pokok buah itu yang telah tumbuh daripada biji benih hingga menjadi pokok yang berbuah lebat?
Note: Pelangi and E-Sentral have partnered to deliver eBooks to pelangibooks.com customers.
eBooks are accessible through the ePelangi mobile app only. Download the ePelangi apps from the Google Play Store or Apple App Store.
ePelangi provides eBooks exclusively in the EPUB format, which is optimized for reading within the ePelangi application. We do not sell eBooks in PDF or Word formats.
**Strictly no refund for eBook!