(eBooks) Saya Sayang Ibu
1) Kesateria Kecil Di Waktu Malam
Cerita ini menggalakkan kanak-kanak untuk tidur dan tidak bermain apabila tiba waktu tidur. Kanak-kanak juga akan memahami kerja keras ibu dalam menjaga mereka. Mereka juga terdorong melakukan perkara yang mudah untuk membuatkan ibu mereka gembira, seperti bercerita kepada ibu sebelum tidur.
2) Pengembaraan Si Lanun Kecil
Cerita ini mengajar kanak-kanak cara mengamalkan kebersihan diri dengan belajar cara mandi, mencuci rambut dan memberus gigi dengan betul. Penulis menggunakan fantasi sebagai elemen yang membolehkan kanak-kanak belajar dengan gembira dan berjaya mengamalkan kemahiran tersebut dengan bantuan ibu bapa.
3) Poppo Dan Kawan-Kawan Di Taman
Cerita ini mengajar kanak-kanak cara menjaga kebersihan diri dengan belajar pergi ke tandas. Penulis bijak menggunakan fantasi sebagai elemen menarik untuk memastikan kanak-kanak seronok belajar dan boleh mengamalkan kemahiran tersebut dengan bantuan ibu bapa.
4) Raksasa Di Dapur
Cerita ini menggalakkan kanak-kanak supaya tidak memilih makanan. Kanak-kanak perlu makan secara sihat dengan mengurangkan pengambilan snek dan makan makanan yang lebih bernutrisi. Kanak-kanak juga perlu makan makanan yang disediakan ibu kerana ibu sentiasa memilih makanan yang terbaik untuk mereka.
Note: Pelangi and E-Sentral have partnered to deliver eBooks to pelangibooks.com customers.
eBooks are accessible through the ePelangi mobile app only. Download the ePelangi apps from the Google Play Store or Apple App Store.
ePelangi provides eBooks exclusively in the EPUB format, which is optimized for reading within the ePelangi application. We do not sell eBooks in PDF or Word formats.
**Strictly no refund for eBook!