(eBooks) Kisah Rakan Laut
Siri Kisah Rakan Laut ini mengisahkan cerita yang menarik tentang Hori, Si Kuda Laut dan rakan-rakannya, iaitu Fito, Oli, Sira dan Mina. Siri ini membantu membangunkan kecerdasan emosi dan moral kanak-kanak selain daripada mempelajari konsep penting seperti nombor, warna, bentuk dan banyak lagi.
1) Selamat Pagi Mina
Pada suatu pagi yang indah, Hori gembira berjumpa dengan rakank-rakannya di sekolah. Namun begitu, mengapakah Mina, Si Ikan Duyung tidak peramah dan sedih? Bagaimanakah rakan-rakan Mina mengambil berat terhadaptnya? Mari baca untuk mengetahui cerita lanjut dan mempelajari ucapan bertatasusila.
2) Jaket Hori
Tidak lama lagi, hari jadi Hori. Dia mahu membeli jaket di kedai jaket. Jadi, dia pulang ke rumah dengan cepat untuk mengambil duit. Semasa dalam perjalanan ke rumah, dia ternampak Ibu Udang dan anaknya yang sakit. Apakah yang akan Hori lakukan? Mari baca untuk mengetahui cerita lanjut serta mempelajari warna dan bentuk.
3) Biskut Oli
Oli dan rakan-rakannya pergi berkelah bersama-sama. Dia membawa biskut yang dibuatnya sendiri. Rakan-rakannya juga membawa makanan yang sedap semasa berkelah. Namun begitu, mengapakah perut Fito sangat sakit selepas makan biskut? Mari baca untuk mengetahui cerita lanjut dan mempelajari nombor.
4) Kita Berbeza
Semasa dalam perjalanan ke sekolah, Hori menjumpai banyak perbezaan yang menarik. Dia juga berfikir tentang perbezaan yang terdapat antara dia dan rakan-rakannya. Apakah perbezaan tersebut? Mari baca untuk mengetahui cerita lanjut dan mempelajari kata lawan.
Note: Pelangi and E-Sentral have partnered to deliver eBooks to pelangibooks.com customers.
eBooks are accessible through the ePelangi mobile app only. Download the ePelangi apps from the Google Play Store or Apple App Store.
ePelangi provides eBooks exclusively in the EPUB format, which is optimized for reading within the ePelangi application. We do not sell eBooks in PDF or Word formats.
**Strictly no refund for eBook!