Bersama-sama merealisasikan MBMMBI melalui Program Bacaan.
Sejak kecil, Khairul dan Khairil tidak pernah dibawa pulang ke kampung oleh ayah mereka. Apa sebabnya, mereka tidak tahu. Maka, keputusan ayah mereka untuk pulang ke kampung hari itu, membuat adik-adik kembar ini begitu teruja. Banyak yang diketahui mereka apabila berada di Kampung Pahat. Bukan sahaja keindahan sungai dan air terjunnya, atau Hamdolok dan Masedekinya. Yang lebih mengejutkan konflik yang membuat ayah mereka membuang diri selama ini.
- Siri novel pelbagai tema - keluarga dan masyarakat, sukan, jaringan sosial, fiksyen sains dan alam sekitar.
- Diterbitkan dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan Malaysia, di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru.