Bersama-sama merealisasikan MBMMBI melalui Program Bacaan.
Bagi Sofian, seruling peninggalan ayahnya begitu istimewa. Pusaka yang tidak ternilai. Banyak menghabiskan masa dengan serulingnya, sikap Sofian itu tidak disenangi sepupunya, Nurhakim. Nurhakim memperkecilkan seruling Sofian. Suatu hari, tercetus perkelahian antara mereka. Peristiwa yang hampir meragut nyawa Sofian itu akhirnya menginsafkan Nurhakim. Bukan itu sahaja, Sofian juga mendapat kawan baharu. Orang yang ditemuinya dalam mimpi.
- Siri novel pelbagai tema - keluarga dan masyarakat, sukan, jaringan sosial, fiksyen sains dan alam sekitar.
- Diterbitkan dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan Malaysia, di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru.