Menu
Your Cart

Free Shipping for orders over RM70 (WM) & RM250 (EM)

The Manga Guide - Fizik

The Manga Guide - Fizik
The Manga Guide - Fizik
  • Stock: In Stock
  • Model: MMGM001
  • Weight: 0.20kg
  • SKU: MMGM001
  • ISBN: 9789830054681
RM24.90
Price in reward points: 2490

Spesifikasi:

Halaman: 200+ halaman 

Warna : Hitam Putih

Kulit Buku : Kulit Lembut

Umur : 8 hingga 12 tahun


Fizik

Walaupun Megumi seorang ahli sukan yang handal tetapi beliau gagal apabila berada di dalam kelas Fizik. Beliau tidak dapat menumpukan perhatian dalam pertandingan tenis kerana risau akan soalan-soalan yang tidak dapat dijawab semasa ujian sebenar! Mujurlah , beliau berkawan dengan Ryota, seorang penyabar dan arif dalam Fizik. Ryota menggunakan contoh-contoh daripada kehidupan seharian untuk membantu Megumi memahami Mekanik Klasik dan pada masa yang sama, Megumi bertambah baik dalam permainan tenisnya.

Dalam ''THE MANGA GUIDE FIZIK" anda akan belajar bersama Megumi tentang Fizik bagi objek harian seperti kasut roda, lastik, kereta sedang berhenti, dan servis dalam permainan tenis. Dalam masa yang singkat, anda akan menguasai konsep yang sukar seperti momentum dan impuls, gerakan parabola, dan hubungan antara daya, jisim dan pecutan.

Anda juga akan mempelajari:

- Menggunakan tiga Hukum Gerakan Newton dalam masalah kehidupan harian.

- Menentukan pergerakan objek selepas suatu perlanggaran.

- Melukis rajah vektor dan memudahkan masalah kompleks menggunakan trigonometri.

- Menghintung perubahan tenaga kinetik objek apabila tenaga keupayaan bertambah.

Jika anda terkeliru oleh perkara-perkara asas Fizik atau anda hanya memerlukan suatu pendekatan baharu, ''THE MANGA GUIDE FIZIK" boleh membantu anda!


Write a review

Please login or register to review
Click to Install Pelangi to home screen