Novel ini ditulis bertujuan mengangkat profesion perguruan, bagi merealisasikan Program Transformasi Pendidikan. Sesuai untuk remaja yang berusia 13 – 17 tahun, novel ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang guru, Mujib, yang terpaksa mengajar di kawasan pedalaman Sarawak hampir sepuluh tahun. Memegang prinsip ingin memajukan pendidikan dalam kalangan masyarakat di kawasan pedalaman, Mujib terpaksa tinggal berjauhan dari keluarganya bertahun-tahun lamanya sehingga merenggangkan hubungan keluarga. Selepas suatu pertengkaran dengan isterinya, Mujib tidak pulang-pulang lagi ke rumah, menyebaBookan menyebaBookan Kiman, anak sulungnya yang berusia empat belas tahun, nekad keluar dari rumah untuk mencari bapanya. Dalam perjalanan mencari bapanya, barulah Kiman sedar betapa susahnya kehidupan bapanya yang mengajar di kawasan pedalaman. Kiman akhirnya berjaya memujuk bapanya untuk pulang.
Note:As
an introduction, Pelangi and E-Sentral have partnered to deliver ebooks to
pelangibooks.com customers. In order for you to receive the ebooks, you
will need to download "E-Sentral" apps on your mobile device and have
to register an E-Sentral account. E-Sentral delivers ebook safely to your
device via E-Sentral apps. eBook can only view in E-Sentral appsand not
provided in PDF file. For more details, may refer to https://www.e-sentral.com/guides/read