Menu
Your Cart

Free Shipping for orders over RM70 (WM) & RM250 (EM)

Herba Legasi Bonda

Herba Legasi Bonda
Herba Legasi Bonda
Herba Legasi Bonda
Herba Legasi Bonda
Herba Legasi Bonda
  • Stock: In Stock
  • Model: PGM015
  • Weight: 0.25kg
  • Dimensions: 0.00mm x 110.00mm x 185.00mm
  • SKU: PGM015
  • UPC: 978967567188
  • ISBN: 9789675671883
RM17.90

Bersama-sama merealisasikan MBMMBI melalui Program Bacaan.

Siri Novel KaryaGuru ini merupakan hasil karya Kumpulan Guru melalui Program Pengkarya Guru 2014, anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Dengan pelbagai tema cerita- sains, alam sekitar, sukan, jaringan, sosial, fiksyen sains, keluarga - siri ini bertujuan membudayakan amalan membaca dalam kalangan remaja, khasnya.

Walaupun pasangan kembar, Tihani Sumaiyah dan Tashirah Umairah tidak sehaluan. Ibarat langit dan bumi, Tihani suka menghabiskan masa dengan gajetnya sementara Tashirah menyukai alam semula jadi dan berkebun, sesuatu yang menjengkelkan Tihani. Apabila Tihani merosakkan bunga kesayangan Tashirah pada suatu hari, ayah mereka bertindak menghantar Tihani ke kampung sebagai hukuman. Malang tidak berbau. Tihani tidak sampai ke rumah neneknya. Ditemui dalam keadaan gelandangan, Tihani dibawa pulang oleh Nek Sal dan cucunya Dahalia. Tinggal di rumah yang dikelilingi tumbuhan herba, sikap Tihani berubah. Dia mulai menghargai alam sekitar. Apakah kesudahan kisah kembara Tihani? Ketahui dalam "Herga Legasi Bonda"


Spesifikasi:

Halaman: 296 halaman

Warna: Hitam dan putih

Kulit: Kulit lembut

Umur: 10 hingga 15 tahun


Write a review

Please login or register to review
Click to Install Pelangi to home screen