
- Stock: 673
- Model: WRC494031
- Weight: 0.30kg
- SKU: WRC494031
Edisi Murid
Siri Perfect PBD ini diterbitkan khusus untuk membantu murid cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Pusat (PP). Oleh itu, kandungan siri ini menerapkan latihan dan penilaian yang berkualiti serta menepati keperluan pentaksiran seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kandungan siri ini direka dan ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), buku teks, serta format kertas UPSR terbaharu. Semua latihan dalam siri ini disusun secara sistematik dan disertakan pelbagai ciri ekstra bagi membantu murid membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
Elemen-elemen seperi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), i-THINK, Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dan Modul Literasi Sivik diintegrasikan bagi menambah kefahaman murid tentang silibus serta elemen- elemen tersebut.
Inisiatif digital seperti Online Quick Quiz, Audio, Info, dan sebagainya yang bersesuaian turut dimuatkan bagi mempermudah pengajaran dan pembelajaran secara interaktif dan menarik.