



- Stock: 1865
- Model: SGAM5002
- Weight: 0.20kg
- SKU: SGAM5002
- ISBN: 9789830010588
SIRI ADIK CERDIK
Siri yang mengandungi
12 buah buku ini direka bentuk dengan teliti bagi membantu menyediakan dasar
Bahasa Malaysia yang kukuh di kalangan kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun
sebelum mereka menjejaki alam persekolahan.
Ria abc mengandungi 4 buah buku yang memperkenalkan huruf yang merupakan
asas kepada penguasaan bahasa kepada kanak-kanak. Perkataan mudah yang
didedahkan bersesuaian dengan kebolehan dan kencenderungan kanak-kanak.
Ilustrasi cerita dan mesra pengguna pula mampu menarik minat kanak-kanak untuk
belajar. Sesuai digunakan bersama-sama rangkaian buku Ria Bahasa, pakej lengkap
ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.
Ria Bahasa yang mengandungi 8 buah buku menggunakan pendekatan bertema yang
selaras dengan kehendak Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Di samping mengayakan perbendaharaan kata, tema-tema yang
dipilih mampu mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran mereka. Dengan ini,
kanak-kanak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian
mereka. Aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti bercerita, berpuisi,
bersoal-jawab, dan menyanyi juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
ceria dan menarik.