Pemberian fail pdf kepada pihak lain sebagai bahan pembelajaran digital berkemungkinan dapat menimbulkan masalah berkenaan dengan hak cipta. Hal ini dikatakan demikian kerana fail-fail tersebut tidak dapat dilindungi atau mudah disebarkan oleh pihak lain sewenang-wenangnya.

 

Oleh itu, Penerbitan Pelangi dengan kerjasama Xentral Methods melalui platform e-Sentral.com menerbitkan e-buku dengan menggunakan format ePUB, iaitu ePUB 2 dan ePUB 3. Kelebihan penggunaan format ePUB 2 ialah fail-fail tersebut tidak dapat disalin, disebarkan kepada pihak lain, atau dicetak sewenang-wenangnya. Hal ini menunjukkan bahawa bahan-bahan pembelajaran digital tersebut dilindungi hak ciptanya.

 

 

 

 

Komponen-komponen interaktif juga diterbitkan oleh Penerbitan Pelangi melalui siri Pelangi Interactive eBooks bagi mata pelajaran Sains, Biologi, Kimia, Fizik, dan Matematik. Siri ini merupakan siri buku rujukan interaktif yang menggunakan format ePUB 3. Fail-fail yang menggunakan format ePUB 3 juga dilindungi hak ciptanya kerana tidak dapat disalin, disebarkan kepada pihak lain, atau dicetak sewenang-wenangnya.

 

Penerbit-penerbit bahan pembelajaran digital wajar menggunakan format ePUB berbanding dengan format pdf untuk melindungi hak cipta sesebuah buku digital.

 

Sila rujuk pautan di bawah ini untuk melihat video tentang isu yang berkenaan.

https://pelangibooks.com/PETA/video/PerlindunganHakCiptaPenerbitanDigital.mp4

 


Penulis bersama:

Mohd Hafidz Mat Isa & Dr. Poh Swee Hiang